background





Friday, 12 April 2013

feeLs,,,

asslamualaikum,,,

I don't know how am I feeling right now,,Telling the truth hurts our hearts,,I finally found someone that I like,that I feel can take care of me,,but telling about him to her makes thing goes bad,,n she said to not contact her again after this..I don't know what should I do,,creating a new relationship while the present ends,,I'm bad at relationship matters,,now I realized that I'm very bad,,

The End,,,

Saturday, 2 March 2013

Hujung minggu.....

Assalamualaikum,,hai semua! Jam menunjukkan pukul 10.22 malam. Sekarang ini aku berada di N28 bersama seorang kawan yang baik, Nur Atikah Sha'ri. Beliau sedang melayari internet untuk mencari bahan-bahan pelajarannya manakala aku sedang bermain Farmville2 di Facebook. :)

Di awal semester begini tidak banyak kerja yang harus aku lakukan selain mengulangkaji pelajaranku. Namun, aku masih lagi melengahkan masa. Aku berazam untuk menumpukan lebih perhatian terhadap pelajaran selepas ini. InsyaAllah! hehe..

Semalam aku tidur di bilik kawanku ini kerana teman sebiliknya telah pulang ke rumah untuk cuti hujung minggu. Malam ini juga aku akan tidur di biliknya lagi kerana aku tidak mempunyai rancangam lain. Baik kan aku? Haha..(just kidding..but I think I really am a nice friend..kih3)

Pada pagi tadi, aku telah menghabiskan pembacaan novel berjudul 'House Rules' karya Jodi Picoult yang aku beli seminggu lalu. Aku sangat teruja dengan jalan ceritanya yang membuatkan aku lebih ingin cepat sampai ke penghujung cerita.  Novel ini menceritakan tentang seorang remaja yang menghidap sindrom Asperger, salah satu jenis autisma yang 'highly-functional'. Aku tidak mempunyai kefahaman yang tinggi tentang sindrom ini. Sedikit sebanyak aku belajar tentng sindrom ini melalui novel tersebut. Ibunya sangat sayang akan anaknya meskipun anaknya menghidap sindrom ini. Namun begitu, ayahnya telah meninggalkan keluarga tersebut dan mendirikan keluarga yang baru. Remaja ini sangat berminat tentang CSI iaitu 'Crime Scene Investigation'. Ibunya seringkali melayan kerenahnya dengan cuba menyelesaikan misteri tempat kejadian yang disediakan oleh remaja tersebut. Remaja ini tinggal bersama ibu dan adik lelakinya. Keluarga ini tidak mempunyai masalah sehingga berlakunya satu kejadian yang melibatkan remaja ini dan adiknya. Tiada siapa yang mengetahui apa yang berlaku kecuali remaja ini sendiri. Aku begitu ingin sekali tahu apa yang sebenarnya telah berlaku. Itulah yang menyebabkan aku suka akan novel ini.

Pada esok hari, aku dan Eika bercadang untuk pergi ke kedai Rainbow yang menjual alatulis. Aku harap kedai tersebut buka pada hari Ahad. Pada hari esok juga aku ingin mengemas bilikku supaya mudah untukku menyediakan barang-barang yang harus dibawa ke UUM, Kedah. Aku merupakan manager pasukan sepak takraw wanita. Pada minggu hadapan, pasukan sepak takraw UTM akan menyertai pertandingan sepak takraw yang dianjurkan oleh UniMAP di UUM. Kami bertolak ke UUM pada hari Rabu malam. Doakan kejayaan pasukan ini!

Aku rasa entri pada hari ini sudah cukup panjang. Terima kasih kerana membaca entri aku. Wassalam...